top of page

Elemen & Prinsip Rekabentuk

Sebelum memulakan sesebuah rekabentuk atau karya, perlu diketahui beberapa perkara asas iaitu ELEMEN dan PRINSIP seni. Sebelum saya masuk ke kelas Asas Reka Cipta ni saya tak tahu pon PRINSIP dan ELEMEN ini penting dalam rekabentuk. Perkara ni selalu diabaikan atau dilupakan oleh kita sebelum memulakan sesuatu karya. Disebabkan saya pon baru tahu pentingnya ELEMEN dan PRINSIP ni, saya dapatkan info untuk tahu lebih lanjut mengenai ELEMEN & PRINSIP dalam Rekabentuk. Mesti anda pon keliru apa yang dikatakan ELEMEN dan apa itu PRINSIP.
 

ELEMEN seni ialah elemen asas yg membentuk sesebuah karya seni seperti garisan,
nilai dan warna
. ELEMEN ini adalah benda yang paling asas.

 

PRINSIP pula ialah gabungan dua atau lebih elemen seni
tersebut untuk membentuk satu prinsip yg baru seperti harmoni ,kontras atau
ryhtm/irama
. PRINSIP ialah hasil yang diperolehi daripada tindak balas gabungan elemen seni itu tadi.



ELEMEN



Garisan (line) 



Garisan merupakan satu laluan (path) antara dua titik. garisan boleh jadi lurus, melengkung, tegak, mengufuk, pepenjuru, atau zig-zag. Garisan disifatkan sebagai gerakan dan arah atau haluan. Garisan juga merupakan suatu yang tersirat di mana ia menggantikan fikiran apabila beberapa titik berkedudukan secara geometri dalam satu rangka. Contohnya, meletakkan empat titik di satu muka surat yang membentuk segi empat boleh menyifatkan titik-titik tersebut berhubungan apabila fikiran mencari bentuk corak yang dapat dikenalpasti. Tepi bentuk dan rupa bentuk menghasilkan garisan.



Arah dan orientasi satu garisan boleh juga menandakan perasaan tertentu. Garisan melintang menandakan sebagai ketenangan dan berhenti, manakala garisan menegak menandakan kuasa dan daya. Garisan condong menandakan sebagai gerakan, tindakan dan perubahan. Garisan melengkung atau garisan berbentuk S menandakan senyap, tenang dan perasaan berahi. Garisan yang bertumpu menandakan kedalaman, skala dan kejauhan iaitu pagar atau jalan yang bertumpu memberi jarak ilusi daripada imej dua dimensi menjadi kedalaman tiga dimensi. Garisan merupakan elemen grafik yang berkesan kerana garisan boleh membimbing pandangan mata.



Bentuk (Shape)


Bentuk ditakrifkan sebagai kontur yang tertutup dan merupakan elemen yang ditakrifkan melalui parimeternya. Bentuk adalah rata serta mempunyai panjang dan lebar. Contoh bentuk asas ialah bulatan, segi empat tepat dan segi tiga seperti rajah di sebelah.



Rupa Bentuk (Form)



Rupa bentuk mempunyai bentuk dan struktur elemen dimensi dalam komposisinya. Rupa bentuk boleh menjadi dua dimensi dan tiga dimensi serta boleh menjadi realistik, abstrak atau lain-lain. Sebenarnya rupa bentuk berasal daripada gabungan titik, garisan dan bentuk. Contoh rupa bentuk ditunjukkan seperti rajah di sebelah.



Ruang (Space)



Ruang ialah kawasan yang disediakan untuk tujuan tertentu. Ruang boleh menjadi dua dimensi (mempunyai panjang dan lebar) seperti lantai atau mempunyai tiga dimensi (mempunyai panjang, lebar dan tinggi). Ruang mempunyai latar belakang (background), latar depan (foreground) dan pertengahan (middle ground). Ruang merujuk kepada jarak atau kawasan sekitar antara atau dalam sesuatu komponen.



Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merujuk kepada ruang dalam subjek manakala ruang negatif merujuk kepada ruang di sekitar luar subjek. Merujuk kepada gambar rajah di sebelah, ruang yang membentuk menara adalah ruang positif manakala ruang di sekeliling menara iaitu ruang yang berwarna putih adalah ruang negatif.



Warna



Warna adalah elemen penting dalam setiap rekaan (design) ketika mereka bentuk identiti rekaan. Penggunaan warna dalam seni tidak terbatas kepada pantulan atau pembiasan cahaya, tetapi warna digunakan untuk reka bentuk menjadi lebih menarik. Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertiari. Kebiasaanya, kombinasi warna yang digunakan adalah kontras/bertentang untuk menjadikan rekaan lebih menarik. Sub elemen yang dimasukkan dalam warna ialah 'nilai' / value, yang menentukan perbezaan antara kecerahan dan kegelapan bagi shade.



Tekstur
 

Tekstur digunakan untuk membuat rupa permukaan dan berkaitan dengan rias bentuk tertentu. Tekstur merujuk kepada kualiti permukaan bagi bentuk iaitu sama ada licin, kasar atau berkilau. Tekstur boleh menjadi secara tekstil atau secara visual.



Nilai (Value)



Value atau juga dikenali kecerahan (brightness) merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna atau sampel. Value berbeza sama ada hue wujud atau tidak. Value mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah tanpa kehadiran hue seperti rajah di sebelah.



Putih ialah value yang tertinggi. kelabu sederhana pula ialah titik tengah antara hitam dan putih. Hitam pula ialah value yang terendah. Di bawah ditunjukkan Perubahan yang berlaku pada imej apabila brightness diselaraskan daripada kemalapan ke kecerahan.

PRINSIP



Keseimbangan (Balance)

Keseimbangan adalah mengagihkan keberatan visual objek, warna, tekstur dan ruang. Jika rekaan diberikan skala, elemen keseimbangan ini membuatkan rekaan mempunyai kestabilan. Dalam keseimbangan simetri (symmetrical balance), elemen keseimbangan digunakan di satu sisi rekaan yang sama dengan sisi rekaan yang satu lagi. Dalam keseimbangan bukan simetri (asymmetrical balance), sisi antara satu sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil. Manakala keseimbangan jejari (radial balance), elemen disusun di sekitar satu titik tengah dan boleh jadi serupa.



























Penekanan (Emphasis)

Penekanan ialah prinsip grafik yang menangkap perhatian pandangan. Kebiasaannya, penekanan dihasilkan dengan mewujudkan pertentangan atau kontras dengan yang lain. Kontras boleh diwujudkan melalui perbezaan dari segi saiz, warna, tekstur, bentuk dan lain-lain. Contohnya seperti di bawah.



























Kesatuan (Unity)
Konsep kesatuan merujuk kepada hubungan antara bahagian kecil dengan bahagian kecil yang lain dan membentuk satu gambaran yang lebih besar. Kesatuan boleh dihasilkan dengan menggunakan prinsip keseimbangan, pengulangan dan/atau harmoni reka bentuk. Di bawah ditunjukkan bagaimana konsep kesatuan dihasilkan.



























Ritma (Rhythm)

Ritma ialah pengulangan elemen dalam reka bentuk. Ritma boleh mewujudkan perasaan pergerakan, membentuk corak dan tekstur. Terdapat pelbagai jenis ritma yang membangkitkan perasaan apabila melihatnya.

Ritma teratur: Ritma ini berlaku apabila selang antara elemen adalah serupa daripada saiz atau panjang.
Ritma mengalir: Ritma ini memberi satu perasaan pergerakan.
Ritma progresif: Ritma ini menunjukkan jujukan urutan bentuk melalui langkah pergerakan secara progresif.

























Penggredan (Gradation)
Penggredan ukuran dan arah menghasilkan perspektif linear. Manakala penggredan warna dari warna panas ke warna sejuk dan tone daripada gelap ke cerah menghasilkan perspektif udara (aerial perspective). Penggredan boleh menambah minat dan pergerakan ke bentuk.























bottom of page