top of page

Ergonomik

Pernah dengar tak perkataan ergonomik ni? Maybe ada yang baru dengar kan, saya baru tahu n dengar perkataan ni masa saya 1st year dulu, dalam kelas Workshop Safety (Orang kurang membaca memang camni). Segala aktiviti harian /persekitaran kita dipengaruhi dengan faktor ergonomik samada selesa atau tidak. Contoh ergonomik di tempat kerja; keadaan kerusi dan meja kerja serta kedudukan computer selesa atau tidak. Gambar di bawah ni membezakan keadaan tempat kerja yang ergonomik dan tiak ergonomik. So, dah nampak kan apa itu ergonomik...

 

Ergonomic’ ni berasal daripada perkataan Greek iaitu ergon yang bermaksud kerja dan nomos pula bermaksud undang-undang tabie.



Kroemer K.H.E (1994), pula mendefinisikan ergonomic sebagai satu disiplin untuk mengkaji sifat-sifat manusia untuk menghasilkan rekabentuk yang sesuai dengan kehidupan dan persekitaran pekerjaan.



Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan, dan persekitaran tempat mereka bekerja. David J. Oborne, penulis buku Ergonomics at Work, apabila memahami bagaimana kita melakukan kerja atau berinteraksi dengan peralatan, dan apabila manusia dengan mesin dalam keadaan lengkap melengkapi, produktiviti kita akan meningkat.



Akibat kalau kita buat kerja tidak ergonomic atau Bahaya tidak ergonomic (Ergonomic Hazard) akan menyebabkan kesakitan pada anggota badan. Hmmm dah tentu tak selesa kan kita nak buat kerja, ini juga menyebabkan sesuatu kerja yang kita laksanakan tidak produktif. Contoh lain ialah pergerakan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kekejangan otot, kebas dan lain-lain. Berdiri dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan vena varikos dan sakit belakang (terutama kepada pekerja yang mengandung). Menurut  kajian bahagian kesihatan dan keselamatan alam sekitar Universiti Alabama di Huntsville, Amerika Syarikat. Sebanyak 275,000 kes pekerja mendapat musculoskeletal disorders (MDs) iaitu kesan gangguan ke atas otot, sendi, tendon dan ligamen.



Masa saya leka mencari gambar dan info yang sesuai untuk entri kali ni saya terjumpa dan tertarik dengan satu akaun di laman Facebook iaitu Ergonomik dan Kejuruteraan Manusia. Disini, anda akan dapat lihat pelbagai maklumat/pengetahuan dan jenis Ergonomik. Contoh seperti gambar-gambar dibawah;​

Lindungi tangan anda di pejabat.​



​Penyakit rangka-otot yang sering dihidapi oleh pekerja tegar pejabat adalah Sindrom Terowong Carpal (Carpal Tunnel Syndrom), iaitu penyakit yang berkaitan dengan saraf tangan. Sindrom Terowong Karpal berlaku kerana pemampatan saraf median yang melalui terowong carpal di pergelangan tangan. Ia menyebabkan rasa kesemutan, kebas dan sakit.



Jesteru, antara kaedah murah yang boleh diamalkan di pejabat adalah memastikan pergelangan tangan kita dilindungi supaya risiko dapat dikurangkan. Sama ada dengan menggunakan pad tetikus khas yang mempunyai mekanisma perlindungan saraf median atau boleh menggunakan cara manual dengan mengikat kain lembut pada pergelangan tangan seperti memakai 'wristband'. Pastikan pergelangan tangan dijauhi dari sentuhan bucu tajam atau ditekan dengan kuat ke permukaan meja.



​Dan jangan lupa, lakukan senaman pergelangan tangan untuk kesihatan.



Risiko duduk terlampau lama.

Duduk terlampau boleh memberi kesan pada kepala, leher, jantung, paru-paru, lengan, perut dan kaki.



Keratan poster berkenaan penyakit duduk.

Kreativiti harian: Pemegang buku



 

Kesukaran membelek dan memegang buku ketika membaca di dalam bas? Anda boleh bersifat kreatif dengan menggunakan alat ini. Lakukan sendiri dengan menggunakan bahan tidak terpakai.

Rekabentuk yang baik harus menepati ciri-ciri yang memberi keselesaan kepada pengguna. Gambar di atas menunjukkan salah satu rekaletak suiz tingkap kuasa (power windows) yang membuatkan postur pergelangan tangan tidak normal dalam kedudukan 'ulnar deviation'.

So, dah faham kan apa itu ERGONOMIK dan pentingnya dalam kehidupan harian kita. Jom kita amalkan tips di bawah ;)

3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer
 

1. Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
2. Gunakan teknik Pomodoro® 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.
3. Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.

bottom of page